HARI ini, aku masih bercuti panjang. Walau bagaimanapon, hari ni
aku pergi juga ke UKM kerana ada sesi pertemuan dengan
Pengarah baru PKK, Prof. Datin Dr. Norizan Abdul
Razak di Bilik Majlis, UKM.
Sebelum sesi pertemuan, sempat jugak
aku membuat 'transfer' ke pita DVCam program
'Manifestasi Seni UKM 2014. Sesi pertemuan dengan Pengarah
diadakan pada jam 9.00 pagi. Tidak semua staf yang hadir kerana ramai
yang sedang bercuti dan ada segelintir yang bertugas di luar kawasan.
Aku sebenarnya malas nak mengulas lanjut apa yang disampaikan
oleh Pengarah....walaupon ada yang aku catat tapi
tak perlulah aku tulis di sini...cukuplah
untuk simpanan dalam minda
aku setakat yang mampu
aku ingat.....
PROF. DATIN DR. NORIZAN... |
...rajin mencatat, mungkin satu perkataan pon tak tinggal kot.... |
Hujung2 bulan Disember ni nampaknya banyak juga rakaman SCP dan MCP yang
kami kena rakamkan, boleh tahan jugak. Aku akan cuba membantu terutama
dalam kerja2 rakaman MCP sama ada di DECTAR dan juga di PERSADA
CANSELORI. Antara rakaman berkenaan ialah liputan video
di Kuala Lumpur pada, 15 & 16 Dis.,14 Disember,
MCP di DECTAR, 17 Disember, MCP di Persada, 19 Disember
ada MCP di DECTAR dan di Persada...itu yang aku dapat tahu melalui
email yang terbaru....harap aku dapat membantu walaupon aku bercuti...aku bercuti
untuk menghabiskan cuti 'gantian' yang tidak boleh dibawa
ke tahun hadapan....................................
Aku malas nak tulis panjang2, cukuplah kot....apa yang aku harapkan,
kami semua terutama krew UAV selesa bekerja bersama-sama
dengan Prof. Datin...................................
...terima kasih kerana membaca...
DAUD.montak.zakaria